Dah berkurun x jot down dlm blog..... Walau kutukan datang bertalu di shout award eh eh shout mix soh bersihkan sawang tp nampak seperti ia tidak memberi impak maksima pada aku yg ketandusan idea dan masa utk merepek di sini...wahhhh hebat betul ckp tanpa noktah nih... hehehe
Lama x tulis, byk perkara yg dah terjadi di sekeliling aku atau bahasa straight to d pointnya mcm2 perkara suka duka jd dlm idup aku ni..... Sedih dan gembira datang silih berganti menunjukkan betapa hidup manusia ini mmg mcm roda.....
Perkhabaran gembira dari Yanie yang selamat melahirkan Firaas Fadhlullah sangat menceriakan aku. Aku menghitung hari sebelum tiba hujung minggu utk pergi melawat si comel yang baru sahaja melihat dunia. Namun, SMS yang aku terima keesokan harinya amat mendukacitakan bila si comel berada dalam ICU kerana menghadapi pneumonia. Sempat aku singgah sebentar hujung minggu itu melawat si comel walau hanya boleh melihat dia dari luar bilik kaca. Si ibu yang tenang dan tabah tetap aku berikan kata-kata semangat kerana aku tahu jauh di sudut hatinya hanya Allah yang tahu betapa sedihnya dia dan betapa besarnya harapan dia utk melihat si comel itu sembuh segera.
Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.... menjelang senja keesokan harinya, Yanie mengutus khabar bahawa si comel telah pun pergi menghadap Ilahi. Walau besarnya kasih si ibu dan ayah, besar lagi kasih Allah pada si comel itu dengan menjemput dia bertemu dengan-Nya lebih awal. Airmata dan doa mengiringi pemergian Firaas Fadhlullah yang telah pergi utk selamanya.....
Buat Yanie and Saiful, tabah lah menghadapi dugaan ini... InsyaAllah, dalam kesedihan pasti ada kegembiraan yang akan Allah kurniakan tanpa kita tahu.....
Dalam kesedihan yang bertandang, ada juga bahang kegembiraan yg datang. Tahniah buat hausmateku yang telah pun bergelar tunangan orang. Selain itu, x lama g seorg lagi geng kapak pun akan mengikut jejak langkah Malin. InsyaAllah.... Tahun depan nampaknya berderet2 la rakan2 aku tukar status dari Cik kepada Puan. Dari Bella, Malin and maybe after dat Yda and Yan. Hehehhe wateva pun, i'm so happy for u guys bila aku tgk korang gembira dgn kehidupan masing2.... Doa aku, semoga kebahagian sentiasa datang dalam kehidupan kita semua dunia dan akhirat... Amin.....
0 comments:
Post a Comment