Gloomy 30s dan Change

Audit still on......Lagu Gloomy 30s ni dah berpuluh kali pusing.....Kepala aku pun dr td asik berpusing....memikirkan jawapan kepada persoalan hati dan pikiran aku ni. Kenapa ari makin ari aku x gembira di sini??? Walaupun environment dan kawan2 ok, x membebankan dan tidak juga membosankan....

Tapi aku rasa kosong and lost...macam tatau apa aku tengah lakukan and 'spark' utk tentukan hala tuju idop aku pn dah ilang. Last aku rasa sgt ber'determination' utk menentukan matlamat idop adalah masa degree. Time tu semangat nak berjaya dalam idup dan mencapai apa yg terbaek dlm idup sgt berkobar2...tapi sekarang x camtu lagi...

Life aku rasa kosong and sepi, walaupun aku ada keluarga dan kawan2 yang best, penyayang, sgt mengambil berat dan sentiasa try menghiburkan aku. Kalau pasal teman hidup, aku rasa tidak, definitely bukan itu jawapannya. Ok tipu kalau kata aku x teringin atau nak ada life partner, cuma aku rs itu bukan penyebab utama. Mungkinkah sebab keje?

Rasa mcm ade sesuatu yg aku nak tp aku x dpt tp aku tatau ape bende tu. Dan paling penting aku sgt pasti bahawa apa yg aku wat skrg bukan lah kehendak aku dan bukan ini yg aku nak. Aku rasa mcm nak mengembara, jumpa mcm2 org kat luar sana, belajar life org lain, merantau seluruh dunia and tgk susah senang hidup org. Aku rs dunia aku sgt sempit sekarang, sesempit pemikiran aku yg aku rs ari demi ari mcm katak bawah tempurung........

Sampai saat lagu Gloomy 30s ni berputar utk entah kali ke berapa, aku still x dapat jawapan kepada persoalan aku..........Kenapa la aku ni seorang pemikir...?????

2 comments:

Unknown said...

:-) pasal lagu change..saya dengar pun rasa melancholic

People said...

yeah very...... :)

Post a Comment

Blog Archive

The Empire....

WaRiSAn Jawa dan Bugis

LGianss.....

Kalau Bosan....

Shout Ur Heart Out...!!!!!


ShoutMix chat widget